Rabu, 7 Disember 2011

PENGENALAN

'Kenali mereka' - mereka jua hamba ciptaan Allah....

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendefinisikan murid yang mengalami Masalah Pembelajaran sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Terdapat pelbagai kategori murid bermasalah pembelajaran seperti Sindrom Down, Autisme, Hiperaktif, terencat akal minima, kurang upaya dalam pembelajaran (learning disabilities) dan kurang upaya dalam pembelajaran khusus contoh disleksia.
Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran ini berada di sekeliling kita dan jumlahnya semakin bertambah dengan meningkatnya tahun ke tahun. Terdapat banyak faktor peningkatan kelahiran kanak-kanak ini seperti faktor usia ibu, masalah kesukaran semasa kelahiran, pemakanan, pencemaran alam sekitar mahupun baka. Kanak-kanak ini mungkin jiran kita, sanak-saudara, murid-murid mahupun anak sendiri. Persoalannya sejauhmanakah kita mengenali kelompok ini dan bagaimanakah kita dapat membantu mereka menjalani kehidupan harian sebagaimana kanak-kanak normal yang lain?
Rentetan blog hasil ciptaan saya ini akan menyentuh kategori murid bermasalah pembelajaran untuk mengenali mereka seterusnya memahami nature mereka supaya kita menjadi sebahagian masyarakat yang prihatin dan penyayang selaras dengan visi Wawasan 2020.

Ini adalah sebahagian kategori kanak-kanak pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

AUTISME

Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.

Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Cuba anda bayangkan sekaki payung, Payung itu mewakili Autisme, dimana dibawa payung itu mengandungi pelbagai simptom yang berbeza. Kanak-kanak autisme boleh mempunyai sebahagian simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali (turut dikenali dengan terma ‘Autism Spectrum Disorder’).
Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah:

Autistic disorder” (juga dikenali sebagai “Klasik” Autisme)
Sindrom Asperger” (juga dikenali sebagai “Atypical Autism”)
Pervasive Developmental Disorder” (tiada spesifikasi tertentu)

*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down further to include Childhood Disintegrative Disorder and Rett syndrome.)

Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme, namun begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autisme dalam kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran.

HIPERAKTIF
DEFINISI :

Banyak terjadi pd kanak-kanak lelaki. Ia melibatkan 3 jenis kepayahan :
• Kurang tumpuan
• Hiperaktif
• Menurut kata hati (Impulsiviti)

CIRI-CIRI

a) Tidak memberi tumpuan
i- gagal menyiapkan tugasan
ii- tidak mengikut arahan
iii- sukar menumpukan perhatian pada satu-satu aktiviti

b) Impulsif
i- bertindak tanpa berfikir
ii- sukar mengendali satu-satu aktiviti
iii- perlu beri perhatian yang lebih
iv- sukar menunggu giliran

c) hiperaktif
i- berlari ataupun memanjat sebarang objek
ii- sukar duduk di suatu tempat dengan tenang
iii- sentiasa aktif sepanjang masa


SINDROM DOWN

Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel.Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya.

CIRI-CIRI


1.Muka yang hampir sama
2.Tubuh yang pendek
3.Kepala bersaiz kecil
4.Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
5.Kulit berlipat di bahagian mata.
6.Lidah terjelir
7.Leher pendek dan besar.
8.Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
9.Pertumbuhan yang lambat.
10.Kecacatan mental yang ringan atau sederhana
11.Tidak dapat bertutur dengan jelas kerana lidah tebal dan pendek.

Disleksia

Disleksia diterangkan sebagai keadaan di mana seorang murid mengalami masalah membaca yang serius, yang berkait-rapat dengan gangguan urat saraf. Mereka kelihatan normal tetapi kecelaruan pada bahagian otaknya menyebabkan mereka sukar untuk membaca, menulis, mengeja mahupun mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap pencapaiannya walaupun telah diajar berkali-kali. Kanak-kanak ini berisiko menghadapi masalah emosi dan tingkahlaku kerana kecewa dengan pencapaian mereka dalam akademik yang tidak selaras dengan umur mereka. Punca disleksia tidak diketahui tetapi faktor genetik, biologi (kesukaran ketika dilahirkan) juga kematangan (lelaki lambat matang dari perempuan) dikatakan menjadi faktor penyumbang kepada disleksia. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan untuk kanak-kanak disleksia adalah melalui pendekatan multisensori; menggabungkan beberapa deria seperti auditori, visual, oral dan kinestetik.





Isnin, 5 Disember 2011

Tajuk : Mengenal buah-buahan tempatan

durian

cempedak

limau

manggis

nanas

rambutan

tembikai

pisang

Isnin, 7 November 2011

Tajuk : Suku kata kvkv








la  bu








                                  du  ri




 be  ca 





                         to  pi 




pa   ku

 
ba ju